Berpuasa itu menjadikan daging (tubuh badan) lesu

TEKS BAHASA ARAB

الصوم يذبل اللحم ويبعد من حر السعير إن لله مائدة عليها ما لا عين رأت، ولا أذن سمعت، ولا خطر على قلب بشر، لا يقعد عليها إلا الصائمون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berpuasa itu menjadikan daging (tubuh badan) lesu, dijauhkan daripada bahang panas api neraka. Sesungguhnya, di syurga Allah akan memberi orang berpuasa nikmat (hidangan makanan) yang tidak pernah terlihat oleh mata dan tidak pernah terdengar oleh telinga, serta tidak pernah terlintas oleh hati manusia. Tidak akan duduk padanya melainkan orang-orang yang berpuasa.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1141, hadis nombor 5762. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: الصوم يذبل اللحم ويبعد من حر السعير إن لله مائدة عليها ما لا عين رأت ولا أذن سمعت ولا خطر على قلب بشر لا يقعد عليها إلا الصائمون. [طس، الضعيفة (3810)]

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA daripada Nabi SAW bersabda: Berpuasa itu menjadikan daging (tubuh badan) lesu, dijauhkan daripada bahang panas api neraka. Sesungguhnya, di syurga Allah akan memberi orang berpuasa nikmat (hidangan makanan) yang tidak pernah terlihat oleh mata dan tidak pernah terdengar oleh telinga, serta tidak pernah terlintas oleh hati manusia. Tidak akan duduk padanya melainkan orang-orang yang berpuasa. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3810].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.