Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصومُ يُذْبِلُ اللَحْمَ، ويُبْعِدُ من حَرِّ السَّعِيْرِ، إنَّ لله مائدةً عليها ما لا عَيْنٌ رَأَتْ، ولا أُذُنٌ سَمِعَتْ، ولا خَطَرَ على قَلْبِ بَشَرٍ، لا يَقْعُدُ عليها إلا الصَائِمُونَ.
Teks Bahasa Melayu
Berpuasa itu menjadikan daging (tubuh badan) lesu, dijauhkan daripada bahang panas api neraka. Sesungguhnya, di syurga Allah akan memberi orang berpuasa nikmat (hidangan makanan) yang tidak pernah terlihat oleh mata dan tidak pernah terdengar oleh telinga, serta tidak pernah terlintas oleh hati manusia. Tidak akan duduk padanya melainkan orang-orang yang berpuasa.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1141, hadis no. 5762. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: الصوم يذبل اللحم ويبعد من حر السعير إن لله مائدة عليها ما لا عين رأت ولا أذن سمعت ولا خطر على قلب بشر لا يقعد عليها إلا الصائمون. [طس، الضعيفة (3810)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA daripada Nabi SAW bersabda: Berpuasa itu menjadikan daging (tubuh badan) lesu, dijauhkan daripada bahang panas api neraka. Sesungguhnya, di syurga Allah akan memberi orang berpuasa nikmat (hidangan makanan) yang tidak pernah terlihat oleh mata dan tidak pernah terdengar oleh telinga, serta tidak pernah terlintas oleh hati manusia. Tidak akan duduk padanya melainkan orang-orang yang berpuasa. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3810]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman