Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الغُدُوُّ والرَّوَاحُ فى تعليمِ العلمِ؛ أفضلُ عندَ اللهِ من الجهادِ في سبيلِ اللهِ عَزَّ وجَلَّ.
Teks Bahasa Melayu
Berpergian waktu pagi dan petang untuk mendalami ilmu adalah lebih baik di sisi Allah berbanding jihad pada jalan Allah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1272, hadis no. 6516. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعاً: الغدو والرواح في تعلم العلم؛ أفضل عند الله من الجهاد في سبيل الله عز وجل. [فر، ((الضعيفة)) (3964)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Berpergian waktu pagi dan petang untuk mendalami ilmu adalah lebih baik di sisi Allah berbanding jihad pada jalan Allah. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3964]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman