Berperanglah, sudah pasti kalian akan mendapat harta rampasan

TEKS BAHASA ARAB

اغزوا تغنموا وصوموا تصحوا وسافروا تستغنوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berperanglah, sudah pasti kalian akan mendapat harta rampasan. Berpuasalah, kalian akan sihat dan Bermusafirlah, nanti kalian akan menjadi kaya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1008, hadis nombor 5194. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: اغزوا تغنموا، وصوموا تصحوا وسافروا تستغنوا. [عق، طس، الضعيفة (5490)].

(Munkar dengan susunan ini) Daripada Abu Hurairah RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berperanglah, sudah pasti kalian akan mendapat harta rampasan. Berpuasalah, kalian akan sihat dan Bermusafirlah, nanti kalian akan menjadi kaya. [Riwayat al-Uqaili di dalam al-Dhu'afa al-Kabir dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5188].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs