Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اغزوا تغنموا وصوموا تصحوا وسافروا تستغنوا.
Teks Bahasa Melayu
Berperanglah, sudah pasti kalian akan mendapat harta rampasan. Berpuasalah, kalian akan sihat dan Bermusafirlah, nanti kalian akan menjadi kaya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1008, hadis no. 5194. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا السياق) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: اغزوا تغنموا، وصوموا تصحوا وسافروا تستغنوا. [عق، طس، الضعيفة (5490)].
(Munkar dengan susunan ini) Daripada Abu Hurairah RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berperanglah, sudah pasti kalian akan mendapat harta rampasan. Berpuasalah, kalian akan sihat dan Bermusafirlah, nanti kalian akan menjadi kaya. [Riwayat al-Uqaili di dalam al-Dhu'afa al-Kabir dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5188].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman