Berperanglah, nescaya kamu akan mendapat harta rampasan perang (ghanimah)

TEKS BAHASA ARAB

اغزوا تغنموا وصوموا تصحوا وسافروا تستغنوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berperanglah, nescaya kamu akan mendapat harta rampasan perang (ghanimah). Berpuasalah, nescaya kamu akan sihat. Pergilah mengembara, nescaya kamu akan kaya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1148, hadis nombor 5805. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: اغزوا تغنموا وصوموا تصحوا وسافروا تستغنوا. [عق، طس، عد، الضعيفة (5188)]

(Munkar dengan lafaz ini) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Berperanglah, nescaya kamu akan mendapat harta rampasan perang (ghanimah). Berpuasalah, nescaya kamu akan sihat. Pergilah mengembara, nescaya kamu akan kaya. [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5188]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs