Munkar Dengan Konteks Ini

30/06/2024

minit bacaan



Berperanglah, nescaya kalian akan memperoleh harta rampasan (yang banyak)

Teks Bahasa Arab

اغْزُوا تَغْنَمُوا، وَصُومُوا تَصِحُّوا، وَسَافِرُوا تَسْتَغْنُوا.

Teks Bahasa Melayu

Berperanglah, nescaya kalian akan memperoleh harta rampasan (yang banyak). Berpuasalah, nescaya kalian akan sihat. Bermusafirlah, nescaya kalian akan diberikan kecukupan.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Dengan Konteks Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1181, hadis no. 5987. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((اغزوا تغنموا، وصوموا تصحوا، وسافروا تستغنوا)). [عق، طس، ((الضعيفة)) (5188)].

(Munkar dengan lafaz (konteks) ini) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berperanglah, nescaya kalian akan memperoleh harta rampasan (yang banyak). Berpuasalah, nescaya kalian akan sihat. Bermusafirlah, nescaya kalian akan diberikan kecukupan. [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Du’afa al-Kabir, dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5188]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.