Munkar Dengan Konteks Ini

30/06/2024

minit bacaan



Berperanglah kamu nescaya kamu akan mendapat harta rampasan perang, berpuasalah nescaya kamu akan sihat, bermusafirlah nescaya kamu akan kaya

Teks Bahasa Arab

اغْزُوا تَغْنَموا، وصوموا تَصِحُّوا، وسافروا تَسْتَغْنُوا .

Teks Bahasa Melayu

Berperanglah kamu nescaya kamu akan mendapat harta rampasan perang, berpuasalah nescaya kamu akan sihat, bermusafirlah nescaya kamu akan kaya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Dengan Konteks Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 625, hadis no. 3252. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((اغزوا تغنموا، وصوموا تصحوا، وسافروا تستغنوا)). [عق، طب، عد، ((الضعيفة)) (5188)]

(Munkar dengan konteks ini) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’: “Berperanglah kamu nescaya kamu akan mendapat harta rampasan perang, berpuasalah nescaya kamu akan sihat, bermusafirlah nescaya kamu akan kaya.” [Riwayat al-Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat dan Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5188].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.