Berperang di jalan Allah menghapuskan segalanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

القتل في سبيل الله يكفر كل شيء، أو قال: يكفر الذنوب كلها إلا الأمانة: يؤتى بصاحب الأمانة فيقال له: أد أمانتك، فيقول: أي رب! وقد ذهبت الدنيا؟ فيقال: اذهبوا به إلى الهاوية، فيذهب به إليها، فيهوي فيها حتى ينتهي إلى قعرها فيجدها هناك كهيئتها، فيحملها فيضعها على عاتقه فيصعد بها في نار جهنّم حتى إذا رأى أنه قد خرج، زلت فهوت وهوى في أثرها أبد الآبدين، قال: والأمانة في الصلاة، والأمانة في الصوم، والأمانة في الحديث، وأشد ذلك الودائع». فلقيت البراء، فقلت: ألا تسمع إلى ما يقول أخوك عبدالله؟ قال: صدق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Terbunuh di jalan Allah menghapuskan segalanya. Atau beliau berkata: Menghapuskan keseluruhan dosa, kecuali (dosa mengkhianati) amanah. Akan didatangkan pemilik amanah, lalu dikatakan kepadanya: Laksanakanlah amanah (yang diberikan kepada) kamu. Lalu dia berkata: Wahai Tuhan, (meskipun) dunia telah berlalu? Lalu dijawab (kepadanya): Bawalah si fulan ini ke neraka Hawiyah. Lalu lelaki ini pun dibawa menuju ke neraka tersebut. Lalu dia pun turun ke dalamnya sehinggalah dia berhenti pada bahagian hujungnya dan dia mendapati amanah itu berada di sana sama seperti keadaannya. Lalu dia pun memikulnya dan meletakkannya di atas bahunya. Dia membawanya naik, (sehingga masuk) ke dalam neraka Jahannam. Kemudian dia melihat bahawa dia telah keluar, amanah itu tergelincir lalu ia jatuh dan dia pun jatuh ke dalamnya buat selamanya. Baginda berkata: Amanah pada solat, amanah pada puasa, amanah pada ucapan dan amanah yang paling berat ialah (harta) simpanan (peninggalan). Lalu aku bertemu dengan al-Bara’ dan aku bertanya kepadanya: Tidakkah kamu pernah mendengar apa yang saudara kamu ‘Abdullah katakan itu? Beliau berkata: Dia berkata benar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 290, hadis nombor 1522. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن زاذان عن عبدالله بن مسعود -رضي الله عنه – مرفوعا: «القتل في سبيل الله يكفر كل شيء، أو قال: يكفر الذنوب كلها إلا الأمانة: يؤتى بصاحب الأمانة فيقال له: أد أمانتك، فيقول: أي رب! وقد ذهبت الدنيا؟ فيقال: اذهبوا به إلى الهاوية، فيذهب به إليها، فيهوي فيها حتى ينتهي إلى قعرها فيجدها هناك كهيئتها، فيحملها فيضعها على عاتقه فيصعد بها في نار جهنّم حتى إذا رأى أنه قد خرج، زلت فهوت وهوى في أثرها أبد الآبدين، قال: والأمانة في الصلاة، والأمانة في الصوم، والأمانة في الحديث، وأشد ذلك الودائع». فلقيت البراء، فقلت: ألا تسمع إلى ما يقول أخوك عبدالله؟ قال: صدق.
[ ابن جرير، طب عن أن الفتيا في «الأهوال»، حل، أبو الشيخ في الموالية، الحر العلي في المكارم الأخلاق، هب، «الضعيفة» (4071)]

(Lemah) Daripada Zadzan, daripada ‘Abdullah bin Mas’ud secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): beliau berkata: Terbunuh di jalan Allah menghapuskan segalanya. Atau beliau berkata: Menghapuskan keseluruhan dosa, kecuali (dosa mengkhianati) amanah. Akan didatangkan pemilik amanah, lalu dikatakan kepadanya: Laksanakanlah amanah (yang diberikan kepada) kamu. Lalu dia berkata: Wahai Tuhan, (meskipun) dunia telah berlalu? Lalu dijawab (kepadanya): Bawalah si fulan ini ke neraka Hawiyah. Lalu lelaki ini pun dibawa menuju ke neraka tersebut. Lalu dia pun turun ke dalamnya sehinggalah dia berhenti pada bahagian hujungnya dan dia mendapati amanah itu berada di sana sama seperti keadaannya. Lalu dia pun memikulnya dan meletakkannya di atas bahunya. Dia membawanya naik, (sehingga masuk) ke dalam neraka Jahannam. Kemudian dia melihat bahawa dia telah keluar, amanah itu tergelincir lalu ia jatuh dan dia pun jatuh ke dalamnya buat selamanya. Baginda berkata: Amanah pada solat, amanah pada puasa, amanah pada ucapan dan amanah yang paling berat ialah (harta) simpanan (peninggalan). Lalu aku bertemu dengan al-Bara’ dan aku bertanya kepadanya: Tidakkah kamu pernah mendengar apa yang saudara kamu ‘Abdullah katakan itu? Beliau berkata: Dia berkata benar.
[Riwayat Ibn Jarir, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Abi al-Dunya dalam al-ahwal, al-Hilyah oleh Abi Nu‘aim, Abu al-Syaikh dalam al-‘Awali, al-Kharaity dalam Makarim al-Akhlak, Syu‘ab al-Iman oleh al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4071]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.