Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ساعةٌ في سبيلِ اللهِ خيرٌ مِن سبعينَ حَجَّةً.
Teks Bahasa Melayu
Berperang di jalan Allah itu walau hanya seketika lebih baik daripada mengerjakan 70 kali ibadat haji.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 742, hadis no. 3797. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((ساعة في سبيل الله خير من سبعين حجة)). [فر، ((الضعيفة)) (3682)]
(Daif) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berperang di jalan Allah itu walau hanya seketika lebih baik daripada mengerjakan 70 kali ibadat haji. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3682]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman