Berpegang teguh dengan al-Quran akan memperolehi kejayaan dan meninggalkannya akan binasa sebanyak dua kali

TEKS BAHASA ARAB

أتاني جبريل فقال: يا محمد! إن أمتك مختلفة بعدك، قال: فقلت له: فأين المخرج يا جبريل؟ قال: فقال: كتاب الله تعالى، به يقصم الله كل جبار، من اعتصم به نجا، ومن تركه هلك، مرتين، قول فصل، وليس بالهزل، لا تختلقه الألسن، ولا تفنى أعاجيبه، فيه نبأ ما كان قبلكم، وفصل ما بينكم، وخبر ما هو كائن بعدكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril pernah datang menemuiku, Jibril berkata: Wahai Muhammad! Sesungguhnya umatmu pasti berpecah selepas kewafatanmu, aku (Nabi) pun berkata kepada Jibril: Lalu manakah jalan keluarnya, wahai Jibril? Jibril menjawab: Kitab Allah Ta’ala, dengannya Allah membinasakan setiap yang zalim. Sesiapa yang berpegang teguh dengannya maka dia berjaya dan sesiapa yang meninggalkannya dia binasa sebanyak dua kali, al-Qur’an adalah ucapan yang jelas, bukan gurauan, bukan rekaan lidah, tidak akan binasa keajaiban-keajaibannya, di dalamnya mengandungi berita umat sebelum kamu, pemutus apa yang terjadi sesama kamu, dan berita tentang apa yang akan terjadi sesudah kematian kamu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1314, hadis nombor 6707. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن الحارث بن عبد الله الأعور، قال: قلت: لآتين أمير المؤمنين فلأسالنه عما سمعت العشية، قال: فجئته بعد العشاء فدخلت عليه، فذكر الحديث، قال: ثم قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: أتاني جبريل فقال: يا محمد! إن أمتك مختلفة بعدك، قال: فقلت له: فأين المخرج يا جبريل؟ قال: فقال: كتاب الله تعالى، به يقصم الله كل جبار، من اعتصم به نجا، ومن تركه هلك، مرتين، قول فصل، وليس بالهزل، لا تختلقه الألسن، ولا تفنى أعاجيبه، فيه نبأ ما كان قبلكم، وفصل ما بينكم، وخبر ما هو كائن بعدكم.
[حم، ((الضعيفة)) (١٧٧٦)].

(Sangat Lemah)
Daripada al-Harith bin ‘Abdillah al-A’war, katanya: Aku berkata: Aku pasti akan datang menemui Amir al-Mukminin untuk aku bertanya beliau berkenaan apa yang telah aku dengar petang tadi. Al-Harith berkata: Lalu aku datang menemuinya selepas Isyak, aku masuk menemuinya, beliau pun menyebutkan hadith. Al-Harith berkata: Kemudian dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Jibril pernah datang menemuiku, Jibril berkata: Wahai Muhammad! Sesungguhnya umatmu pasti berpecah selepas kewafatanmu, aku (Nabi) pun berkata kepada Jibril: Lalu manakah jalan keluarnya, wahai Jibril? Jibril menjawab: Kitab Allah Ta’ala, dengannya Allah membinasakan setiap yang zalim. Sesiapa yang berpegang teguh dengannya maka dia berjaya dan sesiapa yang meninggalkannya dia binasa sebanyak dua kali, al-Qur’an adalah ucapan yang jelas, bukan gurauan, bukan rekaan lidah, tidak akan binasa keajaiban-keajaibannya, di dalamnya mengandungi berita umat sebelum kamu, pemutus apa yang terjadi sesama kamu, dan berita tentang apa yang akan terjadi sesudah kematian kamu.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1776].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs