Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من تمسَّكَ بسنَّتي عندَ فسادِ أمَّتي فلهُ أجرُ مئة شهيدٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berpegang dengan sunnahku ketika rosaknya umatku, maka dia mendapat 100 pahala syahid.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1232, hadis no. 6274. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: من تمسك بسنتي عند فساد أمتي فله أجر مئة شهيد. [عد، ابن بشران، ((الضعيفة)) (326)].
(Sangat Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berpegang dengan sunnahku ketika rosaknya umatku, maka dia mendapat 100 pahala syahid. [Riwayat Ibn 'Adi, Ibn Bishran. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 326].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman