Berpagianlah kamu dengan sedekah, sesungguhnya bala bencana ini tidak akan menjangkaui sedekah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "باكروا بالصدقة فإن البلاء لا يتخطى الصدقة".


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Berpagianlah kamu dengan sedekah, sesungguhnya bala bencana ini tidak akan menjangkaui sedekah.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 61, hadis nombor 7. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي عن أنس مرفوعا وفي إسناده: وضاع ومجهول وكذاب .
وأخرجه الطبراني من حديث علي بإسناد آخر وفيه ضعف.

Ibn Adi meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) dan di dalam sanadnya terdapat pemalsu hadith, perawi yang tidak dikenali dan pendusta.

Al-Tabarani meriwayatkan daripada hadith Ali dengan sanad yang lain tetapi padanya terdapat kedaifan.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon