Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Berpagianlah kamu dengan sedekah, sesungguhnya bala bencana ini tidak akan menjangkaui sedekah

Teks Bahasa Arab

حديث: "باكروا بالصدقة فإن البلاء لا يتخطى الصدقة".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Berpagianlah kamu dengan sedekah, sesungguhnya bala bencana ini tidak akan menjangkaui sedekah.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 61, hadis no. 7. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن أنس مرفوعا وفي إسناده: وضاع ومجهول وكذاب . وأخرجه الطبراني من حديث علي بإسناد آخر وفيه ضعف.

Ibn Adi meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) dan di dalam sanadnya terdapat pemalsu hadith, perawi yang tidak dikenali dan pendusta. Al-Tabarani meriwayatkan daripada hadith Ali dengan sanad yang lain tetapi padanya terdapat kedaifan.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.