TEKS BAHASA ARAB
تزوجوا فقراء يغنيكم الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bernikahlah kalian dengan orang-orang fakir, nescaya Allah akan menjadikan kalian kaya.
STATUS
Tidak diketahui
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 97, hadis nombor 66. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وحديث: "تزوجوا فقراء يغنيكم الله".
لا يعرف.
Dan hadis: "Bernikahlah kalian dengan orang-orang fakir, nescaya Allah akan menjadikan kalian kaya".
(Hadis ini) tidak diketahui.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.