TEKS BAHASA ARAB
تزوجوا ولا تطلقوا؛ فإن الطلاق يهتز منه العرش.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bernikahlah dan jangan kamu bercerai-berai, sesungguhnya talak (cerai) itu menggegarkan arasy.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 954, hadis nombor 4923. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن علي – رضي الله عنه – عن النبي ﷺأنه قال: تزوجوا ولا تطلقوا؛ فإن الطلاق يهتز منه العرش.
[عد، خط، فر، ((الضعيفة))(5894)].
(Palsu)
Diriwayatkan daripada Ali RA daripada Nabi SAW telah bersabda: Bernikahlah dan jangan kamu bercerai-berai, sesungguhnya talak (cerai) itu menggegarkan arasy.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa, Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5894].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.