Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تزوَّجوا ولا تطلِّقوا، فإنَّ الطَّلاقَ يَهْتزُّ منه العرشُ.
Teks Bahasa Melayu
Bernikahlah dan jangan kamu bercerai-berai, sesungguhnya talak (cerai) itu menggegarkan arasy.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 954, hadis no. 4923. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي – رضي الله عنه – عن النبي ﷺأنه قال: تزوجوا ولا تطلقوا؛ فإن الطلاق يهتز منه العرش. [عد، خط، فر، الضعيفة(5894)].
(Palsu) Diriwayatkan daripada Ali RA daripada Nabi SAW telah bersabda: Bernikahlah dan jangan kamu bercerai-berai, sesungguhnya talak (cerai) itu menggegarkan arasy. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa, Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5894].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman