Bermusafirlah, nescaya kamu akan sentiasa sihat dan beroleh keuntungan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سافروا تصحوا وتغنموا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bermusafirlah, nescaya kamu akan sentiasa sihat dan beroleh keuntungan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 975, hadis nombor 5023. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((سافروا تصحوا وتغنموا)). [عد، طس، خط، ابن بشران، القضاعي، تمام، ((الضعيفة)) (255)]

(Munkar) Daripada ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bermusafirlah, nescaya kamu akan sentiasa sihat dan beroleh keuntungan. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn Bishran dalam al-Amali, al-Quḍa’i, dan Tammam. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 255]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.