Munkar
3 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سافِروا تَصحُّوا و تَغنَموا.
Teks Bahasa Melayu
Bermusafirlah, nescaya kamu akan sentiasa sihat dan beroleh keuntungan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 975, hadis no. 5023. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((سافروا تصحوا وتغنموا)). [عد، طس، خط، ابن بشران، القضاعي، تمام، ((الضعيفة)) (255)]
(Munkar) Daripada ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bermusafirlah, nescaya kamu akan sentiasa sihat dan beroleh keuntungan. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn Bishran dalam al-Amali, al-Quḍa’i, dan Tammam. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 255]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman