Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سافِروا تَصِحُّوا، واغْزُوا تَسْتَغْنُوا.
Teks Bahasa Melayu
Bermusafirlah, nescaya kalian akan sentiasa sihat. Berperanglah, nescaya kalian akan berasa cukup.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 975, hadis no. 5022. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((سافروا تصحوا، واغزوا تستغنوا)). [حم، ((الضعيفة)) (254)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bermusafirlah, nescaya kalian akan sentiasa sihat. Berperanglah, nescaya kalian akan berasa cukup. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 254]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman