Bermuhasabahlah kamu sebelum kamu dihitung kelak, timbanglah (amalan kamu) sebelum ia ditimbang kelak

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا، ‏وزنوا أنفسكم قبل أن توزنوا، ‏فإنه أهون عليكم في الحساب غدا، ‏أن تحاسبوا أنفسكم اليوم، ‏تزينوا للعرض الأكبر {‏يومئذ تعرضون لا تخفى منكم خافية}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bermuhasabahlah kamu sebelum kamu dihitung kelak, timbanglah (amalan kamu) sebelum ia ditimbang kelak. Timbanglah diri kamu sebelum amalan kamu ditimbang. Sesungguhnya lebih mudah untuk hisab pada hari esok apabila kamu hisab diri kamu hari ini. Hiasilah (amalan kamu) hari pembentangan yang terbesar: {Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.} (Al-Haqqah: 18).

STATUS

Mawquf

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1976, hadis nombor 9886. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‏موقوف) ‏عن عمر -رضي الله عنهما- موقوفا: «حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا، ‏وزنوا أنفسكم قبل أن توزنوا، ‏فإنه أهون عليكم في الحساب غدا، ‏أن تحاسبوا أنفسكم اليوم، ‏تزينوا للعرض الأكبر {‏يومئذ تعرضون لا تخفى منكم خافية}».
[‏علقه ابن الجوزي في «تاريخ عمر بن الخطاب»، حل، «الضعيفة» (1201)].

(Mawquf)
Daripada ‘Umar RA secara mawquf (sanad terhenti setakat sahabat sahaja, tidak sampai kepada Nabi) : “Bermuhasabahlah kamu sebelum kamu dihitung kelak, timbanglah (amalan kamu) sebelum ia ditimbang kelak. Timbanglah diri kamu sebelum amalan kamu ditimbang. Sesungguhnya lebih mudah untuk hisab pada hari esok apabila kamu hisab diri kamu hari ini. Hiasilah (amalan kamu) hari pembentangan yang terbesar: {Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.} (Al-Haqqah: 18).”
[Ibn al-Jawziy meriwayatkannya secara ta‘liq dalam Tarikh ‘Umar bin al-Khattab dan Abu Nu'am dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1201].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.