Mawquf
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حاسِبوا أنفسَكم قبل أن تُحاسَبوا، وزِنوا أنفسَكم قبل أن تُوزنوا، فإنَّه أخفُّ عليكم في الحسابِ غدًا، أن تُحاسِبوا أنفسَكم اليومَ، وتزيَّنوا للعَرضِ الأكبرِ {يَوْمَئِذٍ تُعْرَضُونَ لَا تَخْفَى مِنْكُمْ خَافِيَةٌ}.
Teks Bahasa Melayu
Bermuhasabahlah kamu sebelum kamu dihitung kelak, timbanglah (amalan kamu) sebelum ia ditimbang kelak. Timbanglah diri kamu sebelum amalan kamu ditimbang. Sesungguhnya lebih mudah untuk hisab pada hari esok apabila kamu hisab diri kamu hari ini. Hiasilah (amalan kamu) hari pembentangan yang terbesar: {Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.} (Al-Haqqah: 18).
Sahabat Perawi
- ‘Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Mawquf
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1976, hadis no. 9886. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موقوف) عن عمر -رضي الله عنهما- موقوفا: «حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا، وزنوا أنفسكم قبل أن توزنوا، فإنه أهون عليكم في الحساب غدا، أن تحاسبوا أنفسكم اليوم، تزينوا للعرض الأكبر {يومئذ تعرضون لا تخفى منكم خافية}». [علقه ابن الجوزي في «تاريخ عمر بن الخطاب»، حل، «الضعيفة» (1201)].
(Mawquf) Daripada ‘Umar RA secara mawquf (sanad terhenti setakat sahabat sahaja, tidak sampai kepada Nabi) : “Bermuhasabahlah kamu sebelum kamu dihitung kelak, timbanglah (amalan kamu) sebelum ia ditimbang kelak. Timbanglah diri kamu sebelum amalan kamu ditimbang. Sesungguhnya lebih mudah untuk hisab pada hari esok apabila kamu hisab diri kamu hari ini. Hiasilah (amalan kamu) hari pembentangan yang terbesar: {Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.} (Al-Haqqah: 18).” [Ibn al-Jawziy meriwayatkannya secara ta‘liq dalam Tarikh ‘Umar bin al-Khattab dan Abu Nu'am dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1201].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman