Bermesyuaratlah –iaitu dengan wanita– dan berselisihlah dengan mereka

TEKS BAHASA ARAB

شاوروهن -يعنى: النساء- وخالفوهن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bermesyuaratlah -iaitu dengan wanita- dan berselisihlah dengan mereka.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 912, hadis nombor 4667. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له مرفوعا):
((شاوروهن –يعني: النساء– وخالفوهن)).
[((الضعيفة)) (430)].

(Tidak Ada Asalnya Yang Diriwayatkan Secara Marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW)):
Bermesyuaratlah -iaitu dengan wanita- dan berselisihlah dengan mereka.
[Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 430].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.