Tiada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
شاوِروهُنَّ -يعني: النساءَ- وخالِفُوهنَّ.
Teks Bahasa Melayu
Bermesyuaratlah -iaitu dengan wanita- dan berselisihlah dengan mereka.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 912, hadis no. 4667. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له مرفوعا): شاوروهن –يعني: النساء– وخالفوهن. [الضعيفة (430)].
(Tidak Ada Asalnya Yang Diriwayatkan Secara Marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW: Bermesyuaratlah -iaitu dengan wanita- dan berselisihlah dengan mereka. [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 430].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman