Bermain dengan burung merpati

TEKS BAHASA ARAB

اللعب بالحمام مجلبة للفقر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bermain dengan burung merpati boleh menyebabkan kefakiran.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 74, hadis nombor 310. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لا يعرف بلفظه لكن جاء عن إبراهيم النخعي أنه قال: من لعب بالحمام الطائر لم يمت حتى يذوق الفقر.

Tidak diketahui dengan lafaz ini, namun telah diriwayatkan daripada Ibrahim al-Nakha’ei bahawa beliau berkata: “Sesiapa yang bermain dengan burung merpati, maka dia tidak akan mati hinggalah dia merasakan kefakiran”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon