Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللَّعِبُ بِالْحَمَامِ مَجْلَبَةٌ لِلْفَقْرِ.
Teks Bahasa Melayu
Bermain dengan burung merpati boleh menyebabkan kefakiran.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 74, hadis no. 310. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
لا يعرف بلفظه لكن جاء عن إبراهيم النخعي أنه قال: من لعب بالحمام الطائر لم يمت حتى يذوق الفقر.
Tidak diketahui dengan lafaz ini, namun telah diriwayatkan daripada Ibrahim al-Nakha'ei bahawa beliau berkata: "Sesiapa yang bermain dengan burung merpati, maka dia tidak akan mati hinggalah dia merasakan kefakiran".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman