Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Berlututlah di atas lutut, dan katakanlah: Ya Rabb! Ya Rabb!

Teks Bahasa Arab

اجْثُوا على الرُّكَبِ، وقولوا: يا ربِّ يا ربِّ!

Teks Bahasa Melayu

Berlututlah di atas lutut, dan katakanlah: Ya Rabb! Ya Rabb!

Sahabat Perawi

  1. Saad bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1979, hadis no. 9902. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن سعد بن مالك -رضي الله عنه- أن قوما شكوا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم قحوط المطر، فقال: ((اجثوا على الركب، وقولوا: يا رب يا رب!)). قال: ففعلوا فسقوا حتى أحبوا أن يكشف عنهم. [تخ، عق، ابن حبان في ((الثقات))، البزار، ((الضعيفة)) (1813)]

(Munkar) Daripada Sa‘d bin Mālik RA bahawasanya suatu kaum telah mengadu kepada Rasulullah SAW kemaraunya hujan. Lalu baginda bersabda: Berlututlah di atas lutut, dan katakanlah: Ya Rabb! Ya Rabb! Dia berkata: Mereka pun lakukan, lalu mereka diberikan hujan sehingga mereka ingin agar disingkapkan daripada mereka [hujan]. [Riwayat al-Bukhārī dalam al-Tārīkh al-Kabīr, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn Ḥibbān dalam al-Thiqāt, al-Bazzār dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1813]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.