Berlindunglah kalian kepada Allah daripada Jubb al-Ḥazan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تعوذوا بالله من ‌جب ‌الحزن! قالوا: يا رسول الله! وما ‌جب ‌الحزن؟ قال: واد في جهنم، إن جهنم تتعوذ بالله من شر ذلك الوادي في كل يوم أربع مئة مرة، يلقى فيه الغرارون. قيل: وما الغرارون؟ قال: المراؤون بأعمالهم في الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berlindunglah kalian kepada Allah daripada Jubb al-Ḥazan! Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Apakah itu Jubb al-Ḥazan? Baginda menjawab: Sebuah lembah di Jahanam, sesungguhnya Jahanam berlindung kepada Allah daripada keburukan lembah itu pada setiap hari sebanyak 400 kali, akan dihumban ke dalamnya al-Gharrārūn? Ditanyakan: Siapakah mereka al-Gharrārūn? Baginda bersabda: Orang-orang yang menunjuk-nunjuk amalan mereka di dunia.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 674-675, hadis nombor 3473. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((تعوذوا بالله من ‌جب ‌الحزن! قالوا: يا رسول الله! وما ‌جب ‌الحزن؟ قال: واد في جهنم، إن جهنم تتعوذ بالله من شر ذلك الوادي في كل يوم أربع مئة مرة، يلقى فيه الغرارون. قيل: وما الغرارون؟ قال: المراؤون بأعمالهم في الدنيا)). [طس، ((الضعيفة)) (5152)]

(Sangat Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berlindunglah kalian kepada Allah daripada Jubb al-Ḥazan! Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Apakah itu Jubb al-Ḥazan? Baginda menjawab: Sebuah lembah di Jahanam, sesungguhnya Jahanam berlindung kepada Allah daripada keburukan lembah itu pada setiap hari sebanyak 400 kali, akan dihumban ke dalamnya al-Gharrārūn? Ditanyakan: Siapakah mereka al-Gharrārūn? Baginda bersabda: Orang-orang yang menunjuk-nunjuk amalan mereka di dunia. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5152]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.