TEKS BAHASA ARAB
تعوذوا بالله من جب الحزن، أو وادي الحزن. قيل: يا رسول الله! وما جب الحزن أو وادي الحزن؟ قال: واد في جهنم، تعوذ منه جهنم كل يوم سبعين مرة، أعده الله للقراء المرائين، وإن من شرار القراء من يزور الأمراء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Berlindunglah kalian kepada Allah daripada Jubb al-Ḥazan atau Wādī al-Ḥazan. Dikatakan: Wahai Rasulullah! Apakah itu Jubb al-Ḥazan dan Wādī al-Ḥazan? Baginda bersabda: Lembah di dalam Jahanam, Jahanam meminta perlindungan daripadanya sebanyak 70 kali pada setiap hari. Allah menyediakannya untuk para pembaca al-Quran yang menunjuk-nunjuk di dunia, seburuk-buruk para qari ialah mereka yang menziarahi para pemerintah.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 675, hadis nombor 3474. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((تعوذوا بالله من جب الحزن، أو وادي الحزن. قيل: يا رسول الله! وما جب الحزن أو وادي الحزن؟ قال: واد في جهنم، تعوذ منه جهنم كل يوم سبعين مرة، أعده الله للقراء المرائين، وإن من شرار القراء من يزور الأمراء)). [عق، عد، تمام، ((الضعيفة)) (5024)]
(Lemah) Daripada ‘Alī RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berlindunglah kalian kepada Allah daripada Jubb al-Ḥazan atau Wādī al-Ḥazan. Dikatakan: Wahai Rasulullah! Apakah itu Jubb al-Ḥazan dan Wādī al-Ḥazan? Baginda bersabda: Lembah di dalam Jahanam, Jahanam meminta perlindungan daripadanya sebanyak 70 kali pada setiap hari. Allah menyediakannya untuk para pembaca al-Quran yang menunjuk-nunjuk di dunia, seburuk-buruk para qari ialah mereka yang menziarahi para pemerintah. [Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, al-Rāzī dalam al-Fawāi’d. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5024]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.