TEKS BAHASA ARAB
تعوذوا بالله من جبّ الحزن! قالوا: يا رسول الله! وما جبّ الحزن؟ قال: واد في جهنم، إن جهنم تتعوذ بالله من شر ذلك الوادي في كل يوم أربع مئة مرة، يلقى فيه الغرارون. قيل: وما الغرارون؟ قال: المراؤون بأعمالهم في الدنيا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
"Berlindunglah dengan Allah daripada Jubb al-Hazan (telaga kesedihan)". Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah! Apa itu Jubb al-Hazan?" Baginda menjawab: "Sebuah lembah dalam neraka jahanam. Sesungguhnya neraka jahanam itu berlindung dengan Allah daripada kejahatan lembah itu setiap hari sebanyak empat ratus kali. Dilemparkan ke dalamnya golongan penipu". Kemudian (baginda) ditanya: "Siapakah golongan penipu itu?" Baginda menjawab: "Mereka yang riyak dengan amalan mereka di dunia".
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 511, hadis nombor 2720. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: «تعوذوا بالله من جبّ الحزن! قالوا: يا رسول الله! وما جبّ الحزن؟ قال: واد في جهنم، إن جهنم تتعوذ بالله من شر ذلك الوادي في كل يوم أربع مئة مرة، يلقى فيه الغرارون. قيل: وما الغرارون؟ قال: المراؤون بأعمالهم في الدنيا». [طس، ((الضعيفة)) (5152)].
(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Berlindunglah dengan Allah daripada Jubb al-Hazan (telaga kesedihan)". Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah! Apa itu Jubb al-Hazan?" Baginda menjawab: "Sebuah lembah dalam neraka jahanam. Sesungguhnya neraka jahanam itu berlindung dengan Allah daripada kejahatan lembah itu setiap hari sebanyak empat ratus kali. Dilemparkan ke dalamnya golongan penipu". Kemudian (baginda) ditanya: "Siapakah golongan penipu itu?" Baginda menjawab: "Mereka yang riyak dengan amalan mereka di dunia". [Riwayat al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5152].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.