Berlemah-lembut dengan orang lain adalah sedekah

TEKS BAHASA ARAB

مداراة الناس صدقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berlemah-lembut dengan orang lain adalah sedekah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 111, hadis nombor 94. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه ابن حبان في الصحيح (2075) وفي روضة العقلاء (70) وابن السني في اليوم والليلة (327) وأبو الشيخ في الأمثال (80/ 1) وابن عدي في الكامل (2614/ 7) وأبو نعيم في الحلية (8/ 246) وفي أخبار أصبهان (2/ 9) وابن السمعاني في أدب الإملاء (145) وابن الجوزي في الواهيات (2/ 729- 730) من طريق المسيب بن واضح، نا يوسف بن أسباط، عن سفيان الثوري عن محمد بن المنكدر عن جابر مرفوعاً. قلت: وهذا سند ضعيف. والمسيب بن واضح. ضعفه الدارقطني. وقال أبو حاتم: صدوق يخطئ كثيراً. أما ابن الجوزي، فزعم زعماً آخر، فقال: هو في مقام المجهول مع أنه قال في الضعفاء (3324) : كثير الوهم، وقال الدارقطني: ضعيف. ‍وأما يوسف بن أسباط، فوثقه ابن معين، ولكن قال أبو حاتم: لا يحتج به. وقال البخاري: كان قد دفن كتبه فصار لا يجيء بالحديث كما ينبغي. وفي علل الحديث (2359 / 2 / 285) : قال أبو حاتم: هذا حديث باطل لا أصل له، ويوسف بن أسياط دفن كتبه. أ. هـ‍. وقال ابن عدي: وهذا يعرف بالمسيب بن واضح، عن يوسف بن أسباط، عن سفيان بهذا الإسناد. وقد سرقه منه جماعة من الضعفاء رووه عن يوسف. ولا يرويه غير يوسف عن الثوري. قلت: سرقه من المسيب: الحسن بن عبد الرحمن الاحتياطي ثنا يوسف بن أسباط به. أخرجه ابن عدي (746/ 2) والخطيب في التاريخ (8/ 58) . قال ابن عدي: وهذا الحديث حديث المسيب بن واضح عن يوسف بن أسباط، سرقه منه الاحتياطي هذا وغيره من الضعفاء. والاحتياطي هذا قال فيه أحمد: أعرفه بالتخليط. وقال ابن عدي: لا يشبه حديثه حديث أهل الصدق. وأخذه أبو الأخيل خالد بن عمرو. فرواه عن سفيان بن عيينه، عن محمد بن المنكدر، عن جابر به. أخرجه ابن عدي (904/ 3) ، وقال: قد روى هذا عن مهدي بن جعفر عن ابن عيينه ‍ ومهدي هذا ممن يروي عن الثقات أشياء لا يتابع عليها وكنا في شغل من حديث الثوري عن محمد بن المنكدر، عن جابر عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم ويرويه عنه يوسف بن أسباط، حتى جاءنا أبو الأخيل، فحدث به ابن عيينه. أ. هـ‍. وأبو الأخيل قال ابن عدي: روى أحاديث منكرة عن ثقات الناس. وأخرجه الطبراني في الأوسط (ج 1/ رقم 466) من طريق موسى بن عيسى الطباع. ثنا يوسف بن محمد بن المنكدر، عن أبيه، عن جابر مرفوعاً به. قال الطبراني: لم يرو هذا الحديث عن يوسف بن محمد إلا موسى بن عيسى. قلت: آفة الحديث هذا، فإنه متروك، تركه غير واحد. وموسى بن عيسى لم يتفرد به. بل تابعه عبد الرحمن الحلبي، ثنا يوسف به. أخرجه ابن عدي (2613/ 7) . وعبد الرحمن هو ابن عبيد الله، صدوق لكن الشأن في يوسف. والله أعلم. وجملة القول: أن الحديث ضعيف ولم يرو من وجه يعتمد.

Dha’if (Lemah). Hadith telah dikeluarkan oleh Ibn Hibban dalam al-Sahih (2075), juga dalam Raudhah al-‘Uqala’ (70), Ibn al-Sunni dalam al-Yawm Wa al-Lailah (327), Abu al-Syeikh dalam al-Amthal (1/80), Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (7/2614), Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (8/246), juga dalam Akhbar Asbahan (2/9), Ibn al-Sam’ani dalam Adab al-Imla’ (145) dan Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (2/729-730) melalui sanad al-Musayyib bin Wadhih, katanya Yusuf bin Asbat telah menceritakan kepada kami daripada Sufyan al-Thawri daripada Muhammad bin al-Munkadir daripada Jabir secara marfu’. Saya berkata: Sanad ini dha’if, al-Musayyib bin Wadhih telah dinilai dha’if oleh al-Daraqutni. Abu Hatim pula berkata: "Saduq namun banyak lakukan kesilapan". Adapun Ibn al-Jawzi, beliau tersalah sangka, kata beliau: "Beliau pada kedudukan tidak dikenali". Sedangkan dalam al-Dhu’afa’ (3324) beliau berkata: "Beliau banyak terkeliru, al-Daraqutni berkata: ‘Dha’if’." Yusuf bin Asbat telah dinilai thiqah oleh Ibn Ma’in, namun Abu Hatim berkata: "Beliau tidak boleh dijadikan hujjah". al-Bukhari berkata: "Beliau telah menanam kitab-kitab beliau, menyebabkan beliau tidak membawakan hadith-hadith sebagaimana yang sepatutnya". Dalam al-‘Ilal pula (2359/2/285): Abu Hatim berkata: “Hadith ini batil lagi tidak ada asalnya. Yusuf bin Asbat telah menanam kitab-kitab beliau’". Ibn ‘Adi berkata: "Hadith ini dikenali melalui al-Musayyib bin Wadhih daripada Yusuf bin Asbat daripada Sufyan dengan sanad ini. Sekumpulan perawi dha’if telah mendakwa mendengar hadith daripada Yusuf, sedangkan tidak, mereka meriwayatkannya daripada Yusuf bin Asbat, dan tidak ada yang meriwayatkannya selain Yusuf daripada Sufyan".
Saya berkata: "al-Hasan bin ‘Abd al-Rahman al-Ihtiyati mendakwa mndengar hadith daripada al-Musayyib, katanya Yusuf bin Asbat telah menceritakan kepada kami dengan sanadnya. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adi (2/746), dan al-Khatib dalam al-Tarikh (8/58). Ibn ‘Adi berkata: "Hadith ini adalah hadith al-Musayyib bin Wadhih daripada Yusuf bin Asbat. Al-Ihtiyati dan perawi dha’if lain telah mendakwa mendengar hadith daripada beliau". Al-Ihtiyati ini, Ahmad berkata tentang beliau: "Saya mengenali beliau mengalami kecelaruan hafalan (nyanyuk)". Ibn ‘Adi juga berkata: "Hadithnya tidak menyerupai hadith perawi-perawi yang benar". Abu al-Akhyal, Khalid bin ‘Amr telah mengambil hadith tersebut, lalu beliau meriwayatkannya daripada Sufyan bin ‘Uyainah daripada Muhammad bin al-Munkadir daripada Jabir hadith tersebut. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adi (3/904) seraya beliau berkata: "Hadith ini telah diriwayatkan daripada Mahdi bin Ja’far daripada Ibn ‘Uyainah. Mahdi ini termasuk orang yang meriwayatkan daripada para perawi thiqah hadith-hadith yang tidak ada sokongannya. Sewaktu kami sedang menyibukkan diri dengan hadith Sufyan daripada Muhammad bin al-Munkadir daripada Jabir daripada Nabi SAW, Yusuf bin Asbat telah meriwayatkan daripada beliau, hinggalah Abu al-Akhyal datang kepada kami, lalu beliau menceritakan hadith Ibn ‘Uyainah". Berkenaa Abu al-Akhyal, Ibn ‘Adi berkata: "Beliau telah meriwayatkan hadith-hadith munkar daripada perawi-perawi thiqah".
Al-Tabarani juga telah mengeluarkan hadith tersebut dalam al-Awsat (juz 1/hadith : 466) melalui sanad Musa bin ‘Isa al-Tabba’, katanya Yusuf bin Muhammad bin al-Munkadir telah menceritakan kepada kami daripada ayahnya daripada Jabir secara marfu’ hadith tersebut. Al-Tabarani berkata: "Tidak ada yang meriwayatkan hadith ini daripada Ysuf bin Muhammad kecuali Musa bin ‘Isa". Saya berkata: "Punca rosaknya hadith ini adalah kerana perawi ini. Ini kerana, beliau seorang yang Matruk, lebih seorang yang telah meninggalkan riwayat beliau”.
Musa bin ‘Isa tidak bersendirian meriwayatkan hadith tersebut, bahkan beliau telah disokong oleh ‘Abd al-Rahman al-Halabi, katanya Yusuf telah menceritakan kepada kami dengan sanadnya. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adi (7/2613). ‘Abd al-Rahman adalah Ibn ‘Ubaidillah, seorang yang Saduq, namun masalahnya adalah pada Yusuf. Wallahua’lam. Kesimpulannya, hadith tersebut dha’if dan tidak diriwayatkan melalui sanad yang boleh dipegang.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs