Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ الإِسْلامَ يَشِيعُ، ثُمَّ تَكُونُ لَهُ فَتْرَةٌ، فَمَنْ كَانَتْ فَتْرَتُهُ إِلَى غُلُوٍّ وَبِدْعَةٍ؛ فَأُولَئِكَ أَهْلُ النَّارِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Islam akan tersebar, kemudian sampailah padanya suatu tempoh, sesiapa yang dalam tempoh itu dia berlebihan (melampau) dan membuat bidaah, maka, mereka itulah ahli neraka.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1395, hadis no. 7082. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة رضي الله عنها، قالت: دخل رسول الله صلى الله عليه وسلم المسجد فإذا أصوات كدوي النحل قراءة القرآن، فقال: إن الإسلام يشيع، ثم تكون له فترة، فمن كانت فترته إلى غلو وبدعة؛ فأولئك أهل النار. [طب، ((الضعيفة)) (7068)]
(Palsu) Daripada 'Aishah RA, katanya: Rasulullah SAW telah masuk ke masjid yang bunyi bacaan al-Quran di dalamnya seperti bunyi dengungan lebah. Baginda pun bersabda: Sesungguhnya Islam akan tersebar, kemudian sampailah padanya suatu tempoh, sesiapa yang dalam tempoh itu dia berlebihan (melampau) dan membuat bidaah, maka, mereka itulah ahli neraka. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7068]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman