Berlakulah adil terhadap orang yang mengakui kebenaran

TEKS BAHASA ARAB

أنصف من بالحق اعترف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berlakulah adil terhadap orang yang mengakui kebenaran.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 19, hadis nombor 48. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لم يعرف بهذا اللفظ. لكن أخرج الإمام أحمد والحاكم، عن الأسود بن سريع: أُتي النبي -صلى الله عليه وسلم- بأعرابي أسير، فقال: أتوب إلى الله ولا أتوب إلى محمد. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: "عرف الحق لأهله".

Tidak diketahui dengan lafaz seperti ini. Namun al-Imam Ahmad dan al-Hakim telah meriwayatkan daripada Al-Aswad bin Sarie’: Telah dibawa kepada Nabi SAW seorang lelaki badwi yang ditawan, lalu dia berkata: "Aku bertaubat kepada Allah tapi aku tidak bertaubat kepada Muhammad". Lantas Nabi SAW bersabda: "Dia mengenali kebenaran untuk orangnya".

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.