TEKS BAHASA ARAB
أحسنوا إلى الماعزة، وامسحوا عنها الرغام، فإنها دابة من دواب الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Berlaku ihsanlah (belas kasihan) kamu kepada kambing betina dan sapulah kotoran tanah daripadanya. Ini kerana ia merupakan salah satu daripada haiwan-haiwan syurga.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 184, hadis nombor 946. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أحسنوا إلى الماعزة، وامسحوا عنها الرغام، فإنها دابة من دواب الجنة)). [ابن السماك في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (1880)]
(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berlaku ihsanlah (belas kasihan) kamu kepada kambing betina dan sapulah kotoran tanah daripadanya. Ini kerana ia merupakan salah satu daripada haiwan-haiwan syurga.
[Riwayat Ibn al-Sammak dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1880]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.