Duduklah di sisi ibumu, sesungguhnya engkau akan mendapat pahala di sisinya seperti engkau dapatkan jika berjihad

TEKS BAHASA ARAB

عند أمك قر؛ فإن لك من الأجر عندها مثل ما لك في الجهاد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Duduklah di sisi ibumu, sesungguhnya engkau akan mendapat pahala di sisinya seperti engkau dapatkan jika berjihad.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 814, hadis nombor 4196. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس–رضي الله عنهما- قال: جاء رجل وأمه إلى النبي -صلى الله عليه وسلم- وهو يريد الجهاد، وأمه تمنعه، فقال:((عند أمك قر؛ فإن لك من الأجر عندها مثل ما لك في الجهاد)).
[عب، طب، ((الضعيفة)) (6243)].

(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Seorang lelaki datang bersama ibunya kepada Nabi SAW dalam keadaan dia mahu berjihad dan ibunya melarangnya dan berkata: “Duduklah di sisi ibumu, sesungguhnya engkau akan mendapat pahala di sisinya seperti engkau dapatkan jika berjihad.”
[Riwayat Abi Ya’la dalam Musnad , Al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6243]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs