Berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung sebanyak tiga kali

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "الْمَضْمَضَةُ وَالاسْتِنْشَاقُ ثَلاثًا , فَرِيضَةٌ لِلْجُنُبِ"


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung sebanyak tiga kali (ketika wudhu’), wajib ketika mandi junub”


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 8, hadis nombor 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي مرفوعا عن أبي هريرة , وقال ابن حبان والداراقطني: وضعه بركة بن محمد الحلبي

Ibn Adi meriwayatkan secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi) daripada Abu Hurairah, Ibn Hibban dan al-Daraqutni berkata: Hadith ini direka oleh Barakat bin Muhammad al-Halabi.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs