Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung sebanyak tiga kali

Teks Bahasa Arab

حديث: "الْمَضْمَضَةُ وَالاسْتِنْشَاقُ ثَلاثًا , فَرِيضَةٌ لِلْجُنُبِ"

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung sebanyak tiga kali (ketika wudhu’), wajib ketika mandi junub”

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 8, hadis no. 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي مرفوعا عن أبي هريرة , وقال ابن حبان والداراقطني: وضعه بركة بن محمد الحلبي

Ibn Adi meriwayatkan secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi) daripada Abu Hurairah, Ibn Hibban dan al-Daraqutni berkata: Hadith ini direka oleh Barakat bin Muhammad al-Halabi.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.