TEKS BAHASA ARAB
اجمعوا، من وجد عودا، فليأت به، ومن وجد عظما أو شيئا، فليأت به، قال: فما كان إلا ساعة حتى جعلناه ركاما، فقال: أترون هذا؟ فكذلك تجتمع الذنوب على الرجل منكم، كما جمعتم هذا، فليتق الله رجل، فلا يذنب صغيرة، ولا كبيرة، فإنها محصاة عليه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Berkumpullah, sesiapa yang menemui kayu datanglah ke sini dengannya. Sesiapa yang menemui tulang atau apa sahaja datanglah ke sini dengannya. Sa‘ad berkata: Pengumpulan tersebut hanya mengambil masa satu ketika sahaja sehingga kami menjadikan ia sebuah timbunan. Baginda berkata: Adakah kalian melihat timbunan ini? Begitulah dosa-dosa terhimpun ke atas seseorang dalam kalangan kalian, sebagaimana kalian menghimpunkan timbunan ini. Oleh itu, bertakwalah seseorang itu kepada Allah, janganlah melakukan dosa kecil mahupun besar kerana sesungguhnya dosa itu dihitung ke atasnya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2078, hadis nombor 10421. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن سعد بن جنادة قال: لما فرغ رسول الله صلى الله عليه وسلم من حُنين، نزلنا قفراً من الأرض ليس فيه شيء، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: اجمعوا، من وجد عودا، فليأت به، ومن وجد عظما أو شيئا، فليأت به، قال: فما كان إلا ساعة حتى جعلناه ركاما، فقال: أترون هذا؟ فكذلك تجتمع الذنوب على الرجل منكم، كما جمعتم هذا، فليتق الله رجل، فلا يذنب صغيرة، ولا كبيرة، فإنها محصاة عليه.
[طب، ((الضعيفة)) (6879)]
(Lemah)
Daripada Sa‘ad bin Junādah, beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW selesai daripada peperangan Hunain, kami turun ke kawasan tanah kosong yang tidak terdapat apa-apa di sana. Nabi SAW bersabda: Berkumpullah, sesiapa yang menemui kayu datanglah ke sini dengannya. Sesiapa yang menemui tulang atau apa sahaja datanglah ke sini dengannya. Sa‘ad berkata: Pengumpulan tersebut hanya mengambil masa satu ketika sahaja sehingga kami menjadikan ia sebuah timbunan. Baginda berkata: Adakah kalian melihat timbunan ini? Begitulah dosa-dosa terhimpun ke atas seseorang dalam kalangan kalian, sebagaimana kalian menghimpunkan timbunan ini. Oleh itu, bertakwalah seseorang itu kepada Allah, janganlah melakukan dosa kecil mahupun besar kerana sesungguhnya dosa itu dihitung ke atasnya.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6879]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.