Berkumpullah dan angkatlah tangan-tangan kamu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: اجتمعوا وارفعوا أيديكم، فاجتمعنا ورفعنا أيدينا، ثم قال: اللهم اغفر للمعلمين – ثلاثا – كي لا يذهب القرآن، وأعز العلماء كي لا يذهب الدين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Berkumpullah dan angkatlah tangan-tangan kamu, lalu kami berkumpul dan mengangkat tangan-tangan kami. Kemudian Baginda berdoa: Ya Allah engkau ampunkanlah para guru- sebanyak 3 kali – supaya al-Quran tidak hilang dan muliakanlah para ulama’ agar agama ini tidak hilang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 33, hadis nombor 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.

Palsu

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs