Berkhitan walaupun usianya sudah mencapai 80 tahun

TEKS BAHASA ARAB

إن الأقلف لا يترك في الإسلام حتى يختتن، ولو بلغ ثمانين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kulup itu tidak boleh dibiarkan pada (orang) Islam hinggalah dia berkhitan walaupun usianya sudah mencapai 80 tahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1203, hadis nombor 6108. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي رضي الله عنه، قال: وجدنا في قائم سيف رسول الله صلى الله عليه وسلم في الصحيفة: إن الأقلف لا يترك في الإسلام حتى يختتن، ولو بلغ ثمانين سنة.
[هق، ((الضعيفة)) (2997)]

(Palsu)
Daripada ‘Ali RA, katanya: Kami menemui dalam pegangan pedang Rasulullah SAW sehelai kertas tertulis: Sesungguhnya kulup itu tidak boleh dibiarkan pada (orang) Islam hinggalah dia berkhitan walaupun usianya sudah mencapai 80 tahun.
[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2997]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs