TEKS BAHASA ARAB
الختان سنة للرجال، مكرمة للنساء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Berkhatan itu sunah bagi lelaki dan satu kemuliaan bagi seorang perempuan.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 778, hadis nombor 3987. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) ((الختان سنة للرجال، مكرمة للنساء)). روي من حديث أسامة الهذلي والد أبي المليح، وشداد بن أوس، وعبدالله بن عباس. [حم، هق، طب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1935)]
(Lemah) Berkhatan itu sunah bagi lelaki dan satu kemuliaan bagi seorang perempuan. Diriwayatkan dari hadits Usamah al-Huzali ayah kepada Abi al-Malih, Syaddad bin Aus dan Abdullah bin Abbas. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, al-Mu’jam al-Kabir dalam al-Tabarani, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1935]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.