Berkenaan firman Allah Azzawajalla: Semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji

TEKS BAHASA ARAB

في قول الله – عز وجل -: {عَسَىٰٓ أَن يَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامٗا مَّحۡمُودٗا}. قال: يجلسه فيما بينه وبين جبريل، ويشفع لأمته، فذلك المقام المحمود.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berkenaan firman Allah Azzawajalla: "Semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji", beliau menafsirkan: Baginda ditempatkan di antara-Nya dan Jibril, dan baginda memberikan syafaat kepada ummatnya. Maka demikian itu adalah tempat yang terpuji.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 513, hadis nombor 2728. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: «في قول الله – عز وجل -: {عَسَىٰٓ أَن يَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامٗا مَّحۡمُودٗا}. قال: يجلسه فيما بينه وبين جبريل، ويشفع لأمته، فذلك المقام المحمود». [(طب، ((الضعيفة)) (5008)].

(Batil) Daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata berkenaan firman Allah Azzawajalla: "Semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji", beliau menafsirkan: Baginda ditempatkan di antara-Nya dan Jibril, dan baginda memberikan syafaat kepada ummatnya. Maka demikian itu adalah tempat yang terpuji. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5008].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs