Berkemungkinan waliku yang beriman memohon kekayaan kepada-Ku, maka Aku menukarnya daripada kekayaan pada kefakiran. Sekiranya Aku memberinya kekayaan maka ia buruk buatnya

TEKS BAHASA ARAB

يقول الله عز وجل: من عادى لي ولياً؛ فقد ناصبني بالمحاربة، وما ترددت عن شيء أنا فاعله؛ كترددي عن الموت المؤمن؛ يكره الموت وأكره مساءته. وربما سألني وليي المؤمن الغنى؛ فأصرفه من الغنى إلى الفقر، ولو صرفته إلى الغنى؛ لكان شراً له. إن الله عز وجل قال: وعزتي، وجلالي، وعلوي، وبهائي، وجمالي؛ وارتفاع مكاني! لا يؤثر عبد هواي على هوى نفسه؛ إلا أثبت أجله عند بصره، وضمنت السماء والأرض رزقه، وكنت له من وراء تجارة كل تاجر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah berfirman: Barang siapa yang memusuhi wali-Ku maka dia telah menzahirkan peperangan terhadap-Ku. Tidaklah Aku teragak-agak (untuk melakukan) sesuatu perkara yang Aku pelakunya seperti teragak-agaknya Aku berkaitan kematian orang yang beriman, dia membenci kematian dan Aku membenci sesuatu yang buruk kepadanya. Berkemungkinan waliku yang beriman memohon kekayaan kepada-Ku, maka Aku menukarnya daripada kekayaan pada kefakiran. Sekiranya Aku memberinya kekayaan maka ia buruk buatnya. Sesungguhnya Allah berkata: Dengan keagungan-Ku, kebesaran-Ku, ketinggian-Ku, kemuliaan-Ku, keindahan-Ku, ketinggian kedudukan-Ku! Seorang hamba tidak mendahulukan kehendak-Ku atas kemahuan dirinya melainkan Aku telah tetapkan ajalnya pada penglihatannya,dan telah aku jamin rezekinya di langit dan di bumi. Aku berada dibelakangnya dalam perniagaan setiap peniaga (dengannya).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1753, hadis nombor 8832. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((يقول الله عز وجل: "من عادى لي ولياً؛ فقد ناصبني بالمحاربة، وما ترددت عن شيء أنا فاعله؛ كترددي عن الموت المؤمن؛ يكره الموت وأكره مساءته. وربما سألني وليي المؤمن الغنى؛ فأصرفه من الغنى إلى الفقر، ولو صرفته إلى الغنى؛ لكان شراً له. إن الله عز وجل قال: وعزتي، وجلالي، وعلوي، وبهائي، وجمالي؛ وارتفاع مكاني! لا يؤثر عبد هواي على هوى نفسه؛ إلا أثبت أجله عند بصره، وضمنت السماء والأرض رزقه، وكنت له من وراء تجارة كل تاجر.))

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Allah berfirman: Barang siapa yang memusuhi wali-Ku maka dia telah menzahirkan peperangan terhadap-Ku. Tidaklah Aku teragak-agak (untuk melakukan) sesuatu perkara yang Aku pelakunya seperti teragak-agaknya Aku berkaitan kematian orang yang beriman, dia membenci kematian dan Aku membenci sesuatu yang buruk kepadanya. Berkemungkinan waliku yang beriman memohon kekayaan kepada-Ku, maka Aku menukarnya daripada kekayaan pada kefakiran. Sekiranya Aku memberinya kekayaan maka ia buruk buatnya. Sesungguhnya Allah berkata: Dengan keagungan-Ku, kebesaran-Ku, ketinggian-Ku, kemuliaan-Ku, keindahan-Ku, ketinggian kedudukan-Ku! Seorang hamba tidak mendahulukan kehendak-Ku atas kemahuan dirinya melainkan Aku telah tetapkan ajalnya pada penglihatannya,dan telah aku jamin rezekinya di langit dan di bumi. Aku berada dibelakangnya dalam perniagaan setiap peniaga (dengannya).))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5396].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs