Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يقولُ اللَّهُ عزَّ وجلَّ : مَن عادى لي وليًّا فَقد ناصبَني بالمُحاربةِ، وما تَردَّدتُ عن شيءٍ أَنا فاعلُهُ كتَردُّدي عن موتِ المؤمنِ، يَكْرَهُ الموتَ وأَكْرَهُ مساءتَهُ، وربَّما سألَني وليِّيَ المؤمنُ الغِني فأصرفُهُ منَ الغنى إلى الفَقرِ، ولَو صرفتُهُ إلى الغِنى ؛ لَكانَ شرًّا لهُ إنَّ اللَّهَ عزَّ وجلَّ قالَ: وعزَّتي، وجلالي، وعلوِّي، وبَهائي، وجمالي، وارتفاعِ مَكاني، لا يُؤثرُ عبدٌ هوايَ علَى هوى نفسِهِ إلَّا أثبَتُّ أجلَهُ عندَ بصرِهِ، وضمِنَت السَّماءُ والأرضُ رزقَهُ، وَكُنتُ لهُ من وراءِ تِجارةِ كلِّ تاجرٍ.
Teks Bahasa Melayu
Allah Azzawajalla berfirman: Barang siapa yang memusuhi wali-Ku maka dia telah menzahirkan peperangan terhadap-Ku. Tidaklah Aku teragak-agak (untuk melakukan) sesuatu perkara yang Aku pelakunya seperti teragak-agaknya Aku berkaitan kematian orang yang beriman, dia membenci kematian dan Aku membenci sesuatu yang buruk kepadanya. Berkemungkinan waliku yang beriman memohon kekayaan kepada-Ku, maka Aku menukarnya daripada kekayaan pada kefakiran. Sekiranya Aku memberinya kekayaan maka ia buruk buatnya. Sesungguhnya Allah berkata: Dengan keagungan-Ku, kebesaran-Ku, ketinggian-Ku, kemuliaan-Ku, keindahan-Ku, ketinggian kedudukan-Ku! Seorang hamba tidak mendahulukan kehendak-Ku atas kemahuan dirinya melainkan Aku telah tetapkan ajalnya pada penglihatannya,dan telah aku jamin rezekinya di langit dan di bumi. Aku berada dibelakangnya dalam perniagaan setiap peniaga (dengannya).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1753, hadis no. 8832. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((يقول الله عز وجل: "من عادى لي ولياً؛ فقد ناصبني بالمحاربة، وما ترددت عن شيء أنا فاعله؛ كترددي عن الموت المؤمن؛ يكره الموت وأكره مساءته. وربما سألني وليي المؤمن الغنى؛ فأصرفه من الغنى إلى الفقر، ولو صرفته إلى الغنى؛ لكان شراً له. إن الله عز وجل قال: وعزتي، وجلالي، وعلوي، وبهائي، وجمالي؛ وارتفاع مكاني! لا يؤثر عبد هواي على هوى نفسه؛ إلا أثبت أجله عند بصره، وضمنت السماء والأرض رزقه، وكنت له من وراء تجارة كل تاجر.))
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Allah Azzawajalla berfirman: Barang siapa yang memusuhi wali-Ku maka dia telah menzahirkan peperangan terhadap-Ku. Tidaklah Aku teragak-agak (untuk melakukan) sesuatu perkara yang Aku pelakunya seperti teragak-agaknya Aku berkaitan kematian orang yang beriman, dia membenci kematian dan Aku membenci sesuatu yang buruk kepadanya. Berkemungkinan waliku yang beriman memohon kekayaan kepada-Ku, maka Aku menukarnya daripada kekayaan pada kefakiran. Sekiranya Aku memberinya kekayaan maka ia buruk buatnya. Sesungguhnya Allah berkata: Dengan keagungan-Ku, kebesaran-Ku, ketinggian-Ku, kemuliaan-Ku, keindahan-Ku, ketinggian kedudukan-Ku! Seorang hamba tidak mendahulukan kehendak-Ku atas kemahuan dirinya melainkan Aku telah tetapkan ajalnya pada penglihatannya,dan telah aku jamin rezekinya di langit dan di bumi. Aku berada dibelakangnya dalam perniagaan setiap peniaga (dengannya).)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5396].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman