Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Berkemungkinan orang yang makan dan bersyukur itu lebih besar pahalanya berbanding orang yang berpuasa dengan penuh kesabaran

Teks Bahasa Arab

رُبَّ طَاعِم شَاكِرٍ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنْ صَائِمٍ صَابِرٍ.

Teks Bahasa Melayu

Berkemungkinan orang yang makan dan bersyukur itu lebih besar pahalanya berbanding orang yang berpuasa (menahan lapar) dengan penuh kesabaran.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1140, hadis no. 5755. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: رب طاعم شاكر أعظم أجرا من صائم صابر. [القضاعي، الضعيفة (3636)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Berkemungkinan orang yang makan dan bersyukur itu lebih besar pahalanya berbanding orang yang berpuasa (menahan lapar) dengan penuh kesabaran. [Riwayat al-Qudha’i. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no.3636].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.