Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
انْصَرِفِي أَيَّتُهَا اَلْمَرْأَةُ، وَأَعْلِمِي مِنْ وَرَاءَكِ مِنْ النِّسَاءِ أَنَّ حُسْنَ تَبَعُّلِ إِحْدَاكُنَّ لِزَوْجِهَا، وَطَلَبِهَا مَرْضَاتَهُ، وَأَتْبَاعُهَا مُوَافَقَتُهُ يَعْدِلُ ذَلِكَ كُلَّهُ.
Teks Bahasa Melayu
Pergilah wahai wanita dan sampaikan kepada siapa yang berada di belakangmu daripada kalangan wanita bahawa sesungguhnya berkelakuan baik salah seorang dalam kalangan kalian terhadap suaminya, dia mencari keredhaannya dan dia mengikut persetujuannya menyamai semua itu.
Sahabat Perawi
- Asma' binti Yazid al-Ansariyyah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1763, hadis no. 8875. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Asma’ Binti Yazid al-Ansariyyah RA daripada Bani Abd al-Ashhal: Beliau datang kepada Nabi SAW dan pada ketika itu Baginda sedang bersama sahabatnya. Beliau berkata: "Dan ayahku dan ibuku (sebagai gantimu) wahai Rasulullah! Aku sebagai wakil orang perempuan datang kepada kamu dan ketahuilah sesungguhnya tidak ada seorang wanita pun yang berada di barat mahupun timur mendengar akan kedatanganku ini atau tidak mendengar tentangnya melainkan dia mempunyai pendapat yang sama denganku: Sesungguhnya Allah SWT telah mengutus kamu kepada lelaki dan wanita secara keseluruhan, maka kami beriman dengan kamu dan Tuhan kamu. Sesungguhnya kami (iaitu sekalian wanita) sangat terbatas, tersimpan dan duduk di rumah kamu (para lelaki), memenuhi hajat kamu, mengandungkan anak-anak kamu. Manakala kamu semua (iaitu sekalian lelaki) lebih mulia daripada kami dengan himpunan dan berjemaah, menziarahi orang sakit, menyaksikan jenazah, menunaikan haji ke haji, dan yang paling baik adalah jihad di jalan Allah, dan sesungguhnya orang lelaki daripada kalangan kamu jika keluar untuk menunaikan haji ataupun umrah atau berperang, kami akan menjaga harta-harta kamu, kami akan menjahit pakaian kamu, mendidik anak-anak kamu, jadi apakah kami boleh menurut serta dengan kamu semua dalam kebaikan ini wahai Rasulullah?" Kemudian Nabi berpaling kepada sahabatnya dengan wajahnya lalu Baginda berkata: ((Adakah kamu mendengar ucapan wanita yang lebih baik daripada pertanyaannya berkaitan urusan agamanya?)) Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah! Kami tidak menyangka bahawa seorang wanita terpandu sampai ke tahap itu!" Kemudian Nabi SAW berpaling kepada wanita tersebut dan bersabda: ((Pergilah wahai wanita dan sampaikan kepada siapa yang berada di belakangmu daripada kalangan wanita bahawa sesungguhnya berkelakuan baik salah seorang dalam kalangan kalian terhadap suaminya, dia mencari keredhaannya dan dia mengikut persetujuannya menyamai semua itu.)) Dia berkata: Kemudian wanita itu pergi dalam keadaan bertahlil dan bertakbir disebabkan berita baik itu. [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6242].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman