Berkawal sehari (ketika berperang) di jalan Allah

TEKS BAHASA ARAB

لرباط يوم في سبيل الله من وراء عورة المسلمين محتسبا من غير شهر رمضان أعظم أجرا من عبادة مائة سنة صيامها وقيامها، ورباط يوم في سبيل الله من وراء عورة المسلمين محتسبا من شهر رمضان أفضل عند الله وأعظم أجرا -أراه، قال: -من عبادة ألف سنة صيامها وقيامها، فإن رده الله إلى أهله سالما لم تكتب عليه سيئة ألف سنة، وتكتب له الحسنات، ويجرى له أجر الرباط إلى يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berkawal sehari (ketika berperang) di jalan Allah iaitu di belakang tempat terdedahnya orang-orang Islam dengan mengharapkan ganjaran pahala di bulan selain Ramadan adalah lebih besar pahalanya berbanding mengerjakan ibadat puasa dan qiamullail selama 100 tahun. Manakala berkawal sehari (ketika berperang) di jalan Allah, iaitu di belakang tempat terdedahnya orang-orang Islam dengan mengharapkan ganjaran pahala pada bulan Ramadan pula adalah lebih agung di sisi Allah dan lebih besar pahalanya.” Aku mendengar Rasulullah bersabda: “(Hal demikian adalah lebih besar) Daripada beribadat 1000 tahun berpuasa dan bangun malam. Sekiranya Allah mengembalikannya kepada keluarga dalam keadaan selamat, maka tidak akan ditulis ke atasnya apa-apa dosa selama 1000 tahun, dan dituliskan untuknya pahala-pahala kebaikan serta pahala berkawal itu berterusan mengalir buatnya sehingga ke hari kiamat."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 979, hadis nombor 5044. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي بن كعب – رضي الله عنه – مرفوعا: ‌((لرباط يوم في سبيل الله من وراء عورة المسلمين محتسبا من غير شهر رمضان أعظم أجرا من عبادة مائة سنة صيامها وقيامها، ورباط يوم في سبيل الله من وراء عورة المسلمين محتسبا من شهر رمضان أفضل عند الله وأعظم أجرا)) – أراه، قال: – ((من عبادة ألف سنة صيامها وقيامها، فإن رده الله إلى أهله سالما لم تكتب عليه سيئة ألف سنة، وتكتب له الحسنات، ويجرى له أجر الرباط إلى يوم القيامة)). [ه، ((الضعيفة)) (836)]

(Palsu) Daripada Ubay bin Ka’ab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berkawal sehari (ketika berperang) di jalan Allah iaitu di belakang tempat terdedahnya orang-orang Islam dengan mengharapkan ganjaran pahala di bulan selain Ramadan adalah lebih besar pahalanya berbanding mengerjakan ibadat puasa dan qiamullail selama 100 tahun. Manakala berkawal sehari (ketika berperang) di jalan Allah, iaitu di belakang tempat terdedahnya orang-orang Islam dengan mengharapkan ganjaran pahala pada bulan Ramadan pula adalah lebih agung di sisi Allah dan lebih besar pahalanya.” Aku mendengar Rasulullah bersabda: “(Hal demikian adalah lebih besar) Daripada beribadat 1000 tahun berpuasa dan bangun malam. Sekiranya Allah mengembalikannya kepada keluarga dalam keadaan selamat, maka tidak akan ditulis ke atasnya apa-apa dosa selama 1000 tahun, dan dituliskan untuknya pahala-pahala kebaikan serta pahala berkawal itu berterusan mengalir buatnya sehingga ke hari kiamat." [Riwayat Ibnu Majah dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 836]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs