Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Berkawal satu malam dalam peperangan di jalan Allah lebih baik daripada berpuasanya seorang lelaki dan qiyamullail dalam keluarganya selama 1000 tahun

Teks Bahasa Arab

حِرسُ لَيلَةٍ في سبيلِ الله أفضلُ مِنْ سِيَامِ رجُلٍ وقِيَامِهِ في أَهْلِهِ ألفَ سنةٍ، السُنةُ ثلاثمائَةٍ وسِتُّونَ يَومًا، واليَومِ كأَلْفِ سَنَةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Berkawal satu malam (dalam peperangan) di jalan Allah lebih baik daripada berpuasanya seorang lelaki dan qiyamullail dalam keluarganya selama 1000 tahun. Satu tahun itu menyamai 360 hari. Dan satu hari seumpama 1000 tahun.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 980, hadis no. 5054. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((‌حرس ‌ليلة في سبيل الله أفضل من صيام رجل وقيامه في أهله ألف سنة، السنة ثلاثمائة وستون يوما، واليوم كألف سنة)). [ه، عق، ع، ابن شاهين، ابن عساكر،((الضعيفة)) (1234)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berkawal satu malam (dalam peperangan) di jalan Allah lebih baik daripada berpuasanya seorang lelaki dan qiyamullail dalam keluarganya selama 1000 tahun. Satu tahun itu menyamai 360 hari. Dan satu hari seumpama 1000 tahun. [Riwayat Sunan ibn Majah, al-Uqayli dalam al-Ḍu’afa’ al-Kabir, Musnad Abī Ya‘lā, Ibnu Shahin, dan Ibnu Asakir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.1234]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.