Berkawal satu malam (dalam peperangan) di jalan Allah adalah lebih baik

TEKS BAHASA ARAB

حرس ليلة في سبيل الله أفضل من صيام رجل وقيامه في أهله ألف سنة، السنة ثلاثمائة وستون يوما، واليوم كألف سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Berkawal satu malam (dalam peperangan) di jalan Allah adalah lebih baik daripada amalan puasa dan solat seorang lelaki dalam keluarganya selama 1000 tahun. Satu tahun itu menyamai 360 hari, manakala satu hari umpama 1000 tahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 980, hadis nombor 5054. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((‌حرس ‌ليلة في سبيل الله أفضل من صيام رجل وقيامه في أهله ألف سنة، السنة ثلاثمائة وستون يوما، واليوم كألف سنة)). [ه، عق، ع، ابن شاهين، ابن عساكر،((الضعيفة)) (1234)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Berkawal satu malam (dalam peperangan) di jalan Allah adalah lebih baik daripada amalan puasa dan solat seorang lelaki dalam keluarganya selama 1000 tahun. Satu tahun itu menyamai 360 hari, manakala satu hari umpama 1000 tahun. [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, al-Uqayli dalam al-Ḍu’afa’ al-Kabir, Abī Ya‘lā dalam Musnadnya, Ibnu Shahin, dan Ibnu Asakir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.1234]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs