Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الكلامُ في المسجدِ لغوٌ؛ إلا قراءةَ القران؛ وذِكرَ اللَّهِ عز وجل؛ أو مسألةَ خيرٍ.
Teks Bahasa Melayu
Berkata-kata di masjid adalah perbuatan lagha (sia-sia) melainkan bacaan al-Quran, zikir atau memohon kebaikan.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1906, hadis no. 9574. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: الكلام في المسجد لغو؛ إلا قراءة القران؛ وذكر الله - عز وجل -؛ أو مسألة خير. [اللالكائي، ((الضعيفة)) (5580)]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Berkata-kata di masjid adalah perbuatan lagha (sia-sia) melainkan bacaan al-Quran, zikir atau memohon kebaikan. [Riwayat al-Lalikai. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5580]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman